"Dulu
 pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa 
salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat
 dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda
 masih ingat nasihat itu."
Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari
 hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika
 hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu 
utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, 
ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
"Wahai
 anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau 
telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang 
lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai
 kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu
 bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.
 Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk 
mereka.
Wahai
 puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu 
dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada
 seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana 
itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak'
 bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.
 Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. 
Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada 
pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau
 bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang 
sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah,
 sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu
 mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan 
kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau
 yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."
